FORUM PERTUKARAN DAN KERJASAMA KEBUDAYAAN BERORIENTASIKAN ASEAN DIADAKAN DI GUANGXI

Kredit: CMG
10/12/2024 02:32 PM

NANNING (China), 10 Dis (Bernama-CMG) -- Forum Pertukaran dan Kerjasama Kebudayaan Berorientasikan ASEAN 2024 dirasmikan di sini, pada 8 Disember.

Forum anjuran bersama Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China serta Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi itu disertai 150 orang pakar, sarjana, ahli perniagaan dan wakil media tempatan, negara-negara ASEAN serta organisasi antarabangsa.

Para peserta memanfaatkan forum itu untuk berkongsi hasil pertukaran kebudayaan dan kerjasama pelancongan antara China dengan ASEAN.

Selain itu, mereka juga mengemukakan cadangan dan menzahirkan harapan terhadap kerjasama kedua-dua pihak pada masa akan datang.

Forum Pertukaran dan Kerjasama Kebudayaan Berorientasikan ASEAN 2024 turut mengeluarkan “Inisiatif Pembangunan Bersama Kebudayaan dan Pelancongan China-ASEAN”, satu dokumen  yang mencadangkan kedua-dua pihak meningkatkan kerjasama dalam empat aspek.

Aspek itu termasuk meningkatkan perkongsiaan maklumat, memperdalam pertukaran dan pembelajaran, membina jenama istimewa dan menumpukan pelancongan hijau demi pembangunan lestari.

-- BERNAMA-CMG