EX-GASAK UJI KESIAPSIAGAAN AGENSI KESELAMATAN DI LTSAAS

SUBANG, 14 Okt -- Penculik menembak mati tebusan dalam simulasi situasi penculikan berprofil tinggi bagi latihan amal berskala penuh Pelan Kontingensi Lapangan Terbang (Airport Contingency Plan) yang dikenali sebagai ‘Ex Gasak’ di Lapangan Terbang Subang (SZB) hari ini. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
14/10/2025 08:37 PM

SUBANG, 14 Okt (Bernama) -- Tindakan pantas pasukan keselamatan berjaya menggagalkan insiden ‘penculikan’ melibatkan seorang orang kenamaan (VIP) yang baru mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, hari ini.

Insiden pagi tadi menyaksikan suanana tenang di lapangan terbang itu bertukar cemas apabila sekumpulan empat individu bersenjata menculik orang kenamaan berkenaan bersama enam individu lain sebelum mengugut untuk membunuh tebusan sekiranya tidak diberikan laluan keluar.

Namun hasil koordinasi pantas antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pelbagai agensi penguat kuasa lain, situasi itu berjaya ditangani

SUBANG, 14 Okt -- Anggota PDRM menembak mati penculik dalam simulasi situasi penculikan berprofil tinggi bagi latihan amal berskala penuh Pelan Kontingensi Lapangan Terbang (Airport Contingency Plan) yang dikenali sebagai ‘Ex Gasak’ di Lapangan Terbang Subang (SZB) hari ini. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pengurus LTSAAS Ahmad Fikri Samsudin berkata senario itu ialah situasi dalam Latih Amal Penuh Pelan Kontinjensi Lapangan Terbang ‘Ex-Gasak’ di LTSAAS, yang merupakan sebahagian daripada persiapan menghadapi Sidang Kemuncak ASEAN bulan ini.

“Lapangan terbang ini akan menjadi pintu masuk utama bagi delegasi antarabangsa dan latihan ini amat penting untuk memastikan tahap kesiapsiagaan tinggi serta koordinasi berkesan dalam kalangan semua agensi yang terlibat.

“Ia meningkatkan keupayaan kolektif kita untuk bertindak dengan pantas dan tegas dalam situasi kecemasan,” katanya kepada pemberita selepas latihan itu berakhir.

SUBANG, 14 Okt -- Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam simulasi situasi kebocoran bahan kimia berbahaya dalam latihan amal berskala penuh Pelan Kontingensi Lapangan Terbang (Airport Contingency Plan) yang dikenali sebagai ‘Ex Gasak’ di Lapangan Terbang Subang (SZB) hari ini. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Beliau berkata beberapa delegasi antarabangsa telah mengesahkan akan mendarat di lapangan terbang itu semasa sidang kemuncak berkenaan.

Ahmad Fikri berkata walaupun latihan berjalan lancar, objektif utamanya ialah mengenal pasti sebarang kelemahan bagi tujuan penambahbaikan dan untuk itu, satu sesi pascanilai akan diadakan untuk membincangkan maklum balas terperinci daripada penilai.

Ia turut membabitkan Majlis Keselamatan Negara, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan PDRM.

SUBANG, 14 Okt -- Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam simulasi situasi kebocoran bahan kimia berbahaya dalam latihan amal berskala penuh Pelan Kontingensi Lapangan Terbang (Airport Contingency Plan) yang dikenali sebagai ‘Ex Gasak’ di Lapangan Terbang Subang (SZB) hari ini. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Selain penculikan individu berprofil tinggi, latihan itu turut mensimulasikan kebocoran bahan kimia berbahaya melibatkan pelaksanaan pelbagai prosedur bagi membendung risiko terhadap orang ramai.

Beliau berkata latihan itu membabitkan 200 individu daripada lapan agensi termasuk PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, CAAM, Kementerian Kesihatan dan beberapa syarikat penerbangan.

“Semua prosedur dilaksanakan mengikut garis panduan Pelan Kontinjensi Lapangan Terbang,” katanya.

-- BERNAMA