Kebangkitan Dramatik Abdul Razzaq-Noor Askuzaimey Atasi Gandingan Ukraine

Pemain boccia negara Abdul Razzaq Abdul Rahman dan Noor Askuzaimey Mat Salim menjerit kegembiraan selepas memenangi perlawanan beregu bercampuran BC4 (kecacatan fizikal) menentang beregu Ukraine Artem Kolinko dan Nataliia Konenko pada Sukan Paralimpik Paris 2024
03/09/2024 10:10 PM

Daripada Amiril Muttaqien Meketar

PARIS, 3 Sept (Bernama) -- Atlet para negara, Abdul Razzaq Abdul Rahman dan Noor Askuzaimey Mat Salim menampilkan persembahan cemerlang mengatasi Artem Kolinko-Nataliia Konenko dari Ukraine untuk menghidupkan peluang mara ke suku akhir beregu campuran BC4 (kecacatan fizikal) pada Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini, hari ini.

Bertempat di South Paris Arena 1, pasangan negara bermula hambar apabila ketinggalan 0-3 pada end pertama sebelum bangkit untuk menang bergaya 4-0 pada end kedua dan seterusnya mengesahkan kemenangan 5-4 dalam keseluruhan empat end bagi aksi Kumpulan A.

Atlet para negara, Abdul Razzaq Abdul Rahman dan Noor Askuzaimey Mat Salim menampilkan persembahan cemerlangĀ mengatasi Artem Kolinko-Nataliia Konenko dari Ukraine untuk menghidupkan peluang mara ke suku akhir beregu campuran BC4 (kecacatan fizikal) pada Sukan Paralimpik Paris 2024

Keputusan itu menyaksikan mereka berjaya menebus kekalahan 2-5 kepada Edilson Chica-Leidy Chica dari Colombia pada saingan pertama Kumpulan A pagi tadi.

Hanya dua pasangan teratas setiap kumpulan layak ke suku akhir esok.

Bercakap kepada Bernama selepas perlawanan, Abdul Razzaq bersyukur dapat menyerap tekanan ketinggalan di end pertama ketika menentang pasangan Ukraine itu dan selepas kekalahan kepada gandingan Colombia.

Atlet para negara, Abdul Razzaq Abdul Rahman dan Noor Askuzaimey Mat Salim menampilkan persembahan cemerlangĀ mengatasi Artem Kolinko-Nataliia Konenko dari Ukraine untuk menghidupkan peluang mara ke suku akhir beregu campuran BC4 (kecacatan fizikal) pada Sukan Paralimpik Paris 2024

“Kami memang tidak fikir banyak tadi, hanya nikmati permainan," katanya.

Sementara itu, jurulatih boccia negara Raja Zahrule Azhar Raja Khairul Anwar berkata anak buahnya akan dapat ke peringkat seterusnya jika gandingan Colombia menewaskan Ukraine dalam perlawanan tengah malam ini.

-- BERNAMA