Bonnie Gegar Paris

Atlet power lifting negara Bonnie Bunyau Gustin mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik 2024 di Paris selepas menjuarai kategori lelaki 72 kilogram (kg) pada Sukan Paralimpik Paris 2024. Bonnie, yang juga emas kedua negara di Paris 2024, menyaksikannya turut memecahkan rekod dunia miliknya sendiri iaitu 231kg pada Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2023 di Dubai dengan catatan baharu 232kg pada percubaan terakhir di Porte de La Chapelle Arena. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
06/09/2024 07:56 PM

Oleh Amiril Muttaqien Meketar

PARIS, 6 Sept (Bernama) -- Badang negara Bonnie Bunyau Gustin ternyata dalam kelas tersendiri apabila meraih pingat emas dan memecahkan rekod dunia acara powerlifting kategori 72 kilogram (kg) di Sukan Paralimpik Paris 2024 hari ini.

Di venue Porte de La Chapelle Arena, Bonnie membuktikan beliau sukar digugat dengan melakukan angkat seberat 232kg sekali gus melebur rekod lama miliknya 231kg yang dilakukan pada Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2023 di Dubai.

Atlet power lifting negara Bonnie Bunyau Gustin mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik 2024 di Paris selepas menjuarai kategori lelaki 72 kilogram (kg) pada Sukan Paralimpik Paris 2024. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Jumlah angkatannya itu merupakan rekod baharu temasya Sukan Paralimpik mengatasi rekod lama juga milik Bonnie iaitu 228kg pada edisi 2020 di Tokyo, Jepun.

Jaguh dunia kelahiran Serian, Sarawak itu memulakan aksi dengan bergaya apabila mengangkat bebanan 221kg pada percubaan pertamanya, memberi gambaran awal pingat emas sudah pasti dalam genggaman.

Atlet berusia 25 tahun itu terus unggul apabila menyempurnakan percubaan kedua 226kg sebelum mengesahkan angkatan 232kg untuk membawa pulang emas kedua kontinjen Malaysia di Paralimpik Paris 2024.

Atlet power lifting negara Bonnie Bunyau Gustin beraksi dalam acara 72kg lelaki akhir Sukan Paralimpik Paris 2024 di Porte de La Chapelle Arena. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Hu Peng dari China meraih perak dengan angkatan terbaik 214kg dilakukan pada percubaan terakhir manakala Donato Telesca dari Itali melakukan 213kg untuk gangsa.

Emas pertama kontinjen Malaysia diperoleh menerusi jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou yang menewaskan Suryo Nugroho dari Indonesia, 21-13, 21-15 dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal).

Muhammad Ziyad Zolkefli menyumbang perak acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) manakala gangsa diperoleh menerusi Eddy Bernard dalam acara 100 meter lelaki T44 (kecacatan fizikal).

Atlet power lifting negara Bonnie Bunyau Gustin beraksi dalam acara 72kg lelaki akhir Sukan Paralimpik Paris 2024 di Porte de La Chapelle Arena. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

-- BERNAMA