Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai AKRAB merupakan pegawai yang dilantik sebagai rakan pembimbing rakan sekerja. AKRAB telah wujud dalam Pengurusan Sumber Manusia sektor awam sejak tahun 2005, ( Pekeliling Perkhidmatan Panduan Aplikasi psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam ). Tujuan utama kewujudan AKRAB ialah untuk menjadi penggerak kepada salah satu Program Pengupayaan Kendiri iaitu Program Pembimbing Rakan Sekerja.
Sehingga tahun 2013, seramai 17 pegawai BERNAMA telah ditauliahkan sebagai ahli AKRAB yang dikenali sebagai ahli AKRAB BERNAMA. Selain BERNAMA, banyak jabatan/agensi kerajaan lain yang telah mempunyai pasukan AKRABnya sendiri. Sehingga kini, keahlian AKRAB terus meningkat.
Dalam Perkhidmatan Awam, empat (4) program utama telah digabungkan bagi mencapai hasrat mempertingkatkan kecemerlangan pegawai awam iaitu Program Pengupayaan Kendiri yang mana satu antaranya adalah Program Pembimbing Rakan Sekerja.
Empat (4) Program Pengupayaan Kendiri tersebut adalah :
a. Program Penilaian Pekerja;
b. Program Pementoran;
c. Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam; dan
d. Program Kaunseling.
Program AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan berteraskan asas kaunseling dan kemahiran membimbing dengan perkongsian input pengetahuan serta nilai-nilai murni yang ada pada diri ahli AKRAB. Konsep AKRAB membantu rakan diwujudkan bagi menyediakan medium perantaraan antara rakan sekerja dengan pihak pengurusan sesebuah jabatan. Selain itu membolehkan pegawai berkongsi idea, tempat meluahkan perasaan, memupuk semangat berpasukan dan mendapatkan bimbingan sokongan daripada ahli-ahli AKRAB.
Peranan ahli AKRAB ialah untuk membantu mewujudkan pengurusan modal insan lebih humanistik. Antara peranan lain rakan sekerja ialah :
a. Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan
b. Memberi sokongan kepada perubahan
c. Menjadi agen transformasi perkhidmatan awam
d. Memberi motivasi untuk mengekalkan perubahan
e. Menjadi pembimbing kehidupan berkerjaya
f. Menggalakkan budaya kerja berpasukan
g. Menerapkan nilai-nilai kesukarelaan dan empati
Peranan yang boleh dilakukan sebagai ahli AKRAB untuk membantu orang lain adalah seperti berikut;
i) Pemudah cara dalam situasi terbuka dan empati;
ii) Terima rakan tanpa syarat;
iii) Membantu rakan melihat beberapa alternatif bagi membuat keputusan;
iv) Sokongan kepada rakan untuk mengambil langkah positif;
v) Mematuhi kerahsiaan;
vi) Menyedari bukan semua masalah boleh diatasi;
vii) Berbincang masalah harian yang biasa;
viii) Merujuk kes-kes berat kepada pegawai psikologi; dan
ix) Sayangi diri dan memahami batas diri dalam membantu rakan.
Ahli-ahli AKRAB perlulah mengamalkan tingkahlaku baik yang boleh dicontohi dan sentiasa menjaga tahap integriti yang tinggi. Walaubagaimanapun disarankan ahli-ahli AKRAB tidak melakukan perkara-perkara seperti dibawah;
i) Mendesak rakan tentang apa yang harus mereka lakukan;
ii) Memberi keputusan dan memberikan jalan penyelesaian masalah tanpa melalui sesi bimbingan;
iii) Menceritakan keburukan rakan kepada orang lain;
iv) Berbincang dengan rakan yang mengalami masalah emosi yang mendalam; dan
v) Mengendalikan masalah yang terlalu rumit sehingga mengganggu ketenteraman jiwa.
Sehingga tahun 2013, seramai 17 pegawai BERNAMA telah ditauliahkan sebagai ahli AKRAB yang mewakili setiap jabatan di BERNAMA. Pada bulan Jun tahun 2014, jawatankuasa AKRAB BERNAMA ditubuhkan.
Sejajar dengan visi dan misi AKRAB BERNAMA, pelbagai program dan aktiviti dirangka bagi mendorong warga BERNAMA mencapai budaya kerja cemerlang. 17 ahli sedia ada akan ditambah terutama bagi memastikan pasukan AKRAB BERNAMA adalah mantap dan mewakili pelbagai peringkat umur.
Menjadikan AKRAB BERNAMA penggerak Budaya Kerja Cemerlang.
a) Membantu warga BERNAMA yang memerlukan bimbingan dalam menghadapi permasalahan
b) Melaksanakan Aktiviti membimbing kepada mana-mana pihak yang memerlukan
c) Membantu mengembang dan mengukuhkan budaya kerja cemerlang
Menyediakan Khidmat Bimbingan bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.
1. Mengukuhkan nilai kendiri;
2. Mewujudkan suasana dan persekitaran kerja harmoni;
3. Mewujudkan perkongsian pengetahuan, maklumat dan masalah;
4. Mewujudkan kaedah penyelesaian masalah secara dalaman;
5. Mewujudkan kesepakatan dikalangan rakan sejawat; dan
6. Mewujudkan kelompok sokongan kepada pegawai yang memerlukan bantuan.
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai AKRAB merupakan pegawai yang dilantik sebagai rakan pembimbing rakan sekerja. Ia terkandung dalam pekeliling Perkhidmatan Bil 18/2005 iaitu Panduan Aplikasi psikologi Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Sehingga tahun 2013, seramai 17 pegawai BERNAMA telah ditauliahkan sebagai ahli AKRAB yang dikenali sebagai ahli AKRAB BERNAMA. Banyak jabatan/agensi kerajaan telah mempunyai pasukan Akrabnya sendiri.
Menyediakan khidmat utama bimbingan bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.
Menjadikan Akrab Bernama penggerak Budaya Kerja Cemerlang dalam organisasi.
Please forward all queries via phone or email
03-26962321
sharifah_zaini[at]bernama.com
03-20504420
hasnita[at]bernama.com
03-26962323
rohana[at]bernama.com
03-26962132
nasir[at]bernama.com
03-26962388
rita[at]bernama.com
03-26962191
latzaharah[at]bernama.com
03-26962306
zarinar[at]bernama.com
03-20504512
annuar[at]bernama.com
03-20504477
mastura[at]bernama.com
03-20594675
hasni[at]bernama.com
03-20504432
masfaliza[at]bernama.com
Jumaat, 14 September 2018
Kursus Pemantapan Kepimpinan AKRAB Bernama/Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Kursus Peningkatan Psikologi Personel 2018 bermula di Institut Pengurusan Peladang Langkawi, Pulau Langkawi malam ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zulkefli Salleh merangkap Pengerusi AKRAB Bernama merasmikan kursus selama tiga hari itu.
Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KKMM Encik Chek Zainuddin Chek Jusoh dan Ketua Penyelaras kursus Puan Siti Syahida Jamalluddin turut hadir.
Kursus itu bertujuan membimbing dan mendedahkan para peserta tentang kefungsian, kemahiran dan keperluan sebagai agen kesejahteraan psikologi di tempat kerja.
Selain itu, ia akan mendedahkan peserta dengan kemahiran dan teknik Spiritual Emotional Freedom Technique (SEFT) yang dapat dijadikan mekanisme dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi personnel.
SEFT merupakan satu kaedah membebaskan dan merawat diri sendiri atau orang lain dari penyakit fizikal dan mental dengan cara 'tapping pressure points' di badan kita.
Dalam ucapannya, Datuk Zulkefli mengucapkan terima kasih kepada KKMM kerana telah memberi sokongan kepada AKRAB Bernama dari segi kewangan dan penganjuran kursus tersebut.
Katanya, penubuhan AKRAB atau Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di agensi, jabatan dan kementerian membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam.
AKRAB dianggap penting dalam membantu penjawat awam yang gagal menyerlahkan potensi diri sebenar.
Datuk Zulkefli berharap AKRAB akan terus komited dan istiqomah melaksanakan aktiviti khidmat membimbing warga organisasi dan membantu petugas yang memerlukan bantuan dalam meningkat prestasi dan kecemerlangan.
Majlis itu turut meraikan ulangtahun kelahiran Datuk Zulkifli yang bakal tiba pada 2 Oktober ini.