Sabah siar Warta Kerajaan isytihar pembubaran DUN

30/07/2020 07:59 PM

KOTA KINABALU, 30 Julai  -- Kerajaan Negeri Sabah hari ini menyiarkan Warta Kerajaan berhubung perisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Dalam kenyataan di sini, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata warta itu memaklumkan  bahawa Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin telah menjalankan kuasa di bawah Fasal (2) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sabah untuk mengisytiharkan DUN Sabah ke-15 dibubarkan hari ini.

Warta itu turut menyebut nama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai menurut perintah Yang Dipertua Negeri.

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy