Bilik operasi PAS PRN Sabah diaktifkan

04/08/2020 11:54 AM

KOTA KINABALU, 4 Ogos  -- PAS Sabah telah mengaktifkan bilik operasi pilihan raya parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat.

Ketua Penerangan PAS Sabah Ahmad Dullah berkata jentera pilihan raya PAS di seluruh negeri sedia menghadapi PRN, walaupun pengumumannya dibuat secara mengejut.

"Jentera kita (PAS) telah disusun dan digerakkan sejak Mac lagi memandangkan berlaku situasi politik yang tidak menentu dalam negara, termasuklah di Sabah.

"Apabila diumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan, PAS tidak menunggu lama untuk mengarahkan seluruh jentera bergerak ke arah kemenangan dalam PRN ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin Aling memberitahu PAS Sabah telah mengenal pasti kerusi yang berpotensi untuk ditandingi parti itu dan akan berunding dengan parti rakan sekutu dalam Barisan Nasional (BN).

DUN Sabah dibubarkan pada Khamis lalu bagi memberi laluan kepada PRN yang perlu diadakan sebelum 29 Sept depan.

Pada PRU-14, sebanyak 60 kerusi DUN dipertandingkan tetapi pada Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah menjadikan jumlah keseluruan 73 kerusi.

 -- BERNAMA

 

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy