PRN Sabah: Amanah cadang PH, UPKO guna logo Warisan

04/08/2020 04:07 PM

KOTA KINABALU, 4 Ogos -- Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mencadangkan  Pakatan Harapan (PH) serta Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menggunakan logo Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Nasional Khairuddin Daud berkata penggunaan satu logo itu sebagai tanda kesatuan semua parti yang menyokong kepimpinan Warisan di Sabah.

"Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN)   daripada Warisan tetap bertahan mempertahankan mandat (PRU14) rakyat Sabah sehingga DUN dibubarkan meskipun terdapat tekanan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ketua Pemuda Amanah Sabah itu, cadangan tersebut juga bagi menunjukkan solidariti parti-parti sekutu Warisan dalam mempertahankan mandat yang diberikan oleh rakyat Sabah pada pilihan raya umum lalu, sekali gus menolak pemimpin politik yang tidak berprinsip.

-- BERNAMA

 

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy