PRN Sabah: Jentera Warisan turun padang beri penjelasan kepada rakyat

04/08/2020 10:42 PM

KOTA KINABALU, 4 Ogos -- Jentera Parti Warisan Sabah (Warisan) telah digerakkan turun padang memberi penjelasan kepada rakyat berhubung keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) serta pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Hari ini, Naib Presiden Warisan Datuk Junz Wong mengetuai gerak kerja bertemu rakyat  di Tanjung Aru Lama serta Tanjung Aru Baru di sini bersama Ketua Warisan Bahagian Putatan Datuk Awang Ahmad Sah serta sayap Wira dan Wirawati bahagian itu dari rumah ke rumah.

Dalam pertemuan bersama rakyat itu, Wong menjelaskan bahawa pelaksanaan PRN Sabah adalah mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan.

"Kalau boleh, kami (Warisan) pun tidak mahu pilihan raya diadakan kerana mahu membangunkan Sabah melalui pelbagai program dirancang termasuk dalam sektor pertanian dan perikanan, namun tergendala," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wong turut mendakwa terdapat wakil rakyat yang melompat parti telah menyesal dan mahu kembali bersama parti selepas DUN Sabah dibubarkan.

"Tetapi, adakah ini budaya politik yang ingin diteruskan oleh rakyat Sabah dan saya percaya jawapannya tidak,” katanya.

Wong berkata sehubungan itu, pelaksanaan PRN merupakan pilihan terbaik untuk meletakkan keputusan di tangan rakyat.

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy