SPR mesyuarat 17 Ogos bagi PRN Sabah

07/08/2020 04:46 PM

PUTRAJAYA, 7 Ogos  -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-6 di Kota Kinabalu, 17 Ogos ini. 

Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan hari ini berkata mesyuarat tersebut akan dipengerusikan Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom pada jam 9 pagi  di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.

Mesyuarat khas tersebut bagi membincangkan tarikh penting urusan pilihan raya seperti Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih Terakhir Diperakui yang akan digunakan dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut, katanya.

Menurutnya, satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat tersebut.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

SPR menerima pemakluman rasmi daripada DUN Sabah berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke-15 pada hari yang sama. 

-- BERNAMA

 

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy