Pilih kerajaan Sabah sehaluan dengan kerajaan persekutuan

08/08/2020 06:15 PM

KOTA KINABALU, 8 Ogos -- Rakyat negeri Sabah disaran memilih sebuah kerajaan negeri Sabah baharu yang sehaluan dengan kerajaan persekutuan bagi memastikan usaha pembangunan untuk rakyat negeri itu berjalan lancar, kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata langkah itu antara lain penting dalam menyelaras dasar yang dilaksana kerajaan persekutuan itu dilaksana secara berkesan di peringkat kerajaan negeri sehingga ke peringkat akar umbi.

Katanya, sebuah kerajaan negeri perlu mempunyai hubungan baik dengan kerajaan persekutuan, justeru sebuah kerajaan negeri yang hanya mahu bermain politik dan tidak fungsional seharusnya ditolak kerana akan menganggu usaha membantu rakyat.

"Sudah tentu kita mahu (kerajaan) negeri yang hormati dan amalkan prinsip, semangat persekutuan. Hubungan persekutuan dan negeri penting kerana ada beberapa peruntukan dalam perlembagaan memerlukan dokongan dan sokongan daripada kerajaan persekutuan. Pilihan Raya Negeri Sabah ini peluang terbaik (pilihan kerajaan negeri yang sehaluan dengan persekutuan)," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis jamuan tengah hari bersama pemimpin Bersatu Sabah.

Hadir sama Ketua Penerangan Bersatu Dr Radzi Jidinm, juga Menteri Kanan (Pendidikan); Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Hajiji Noor dan Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Dr Ronald Kiandee yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Mohamed Azmin berkata perubahan yang telah berlaku dalam komposisi kerajaan persekutuan pada awal tahun ini memerlukan dokongan dan kerjasama daripada kerajaan negeri.

Ditanya adakah mereka dalam kalangan 'pasukan Azmin' akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, beliau tidak menolak perkara itu dan berkata  ia sedang dimuktamadkan.

Mengenai tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu, Mohamed Azmin berkata sebagai menghormati amalan demokrasi di negara ini, setiap individu atau kumpulan boleh menubuhkan parti masing-masing.

-- BERNAMA

 

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy