PRN Sabah: UPKO saran SPR perkenal pusat pengundian pencil untuk perantau

15/08/2020 04:57 PM

KOTA KINABALU, 15 Ogos -- Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengesyorkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya memperkenalkan sistem “remote voting centre” (pusat pengundian pencil) bagi membolehkan pengundi di luar Sabah menunaikan tanggungjawab semasa pilihan raya negeri kelak.

Timbalan Presidennya Datuk Donald Peter Mojuntin berkata amalan itu dilaksanakan di beberapa negara dan semakin diterima ketika dunia menghadapi penularan COVID-19 sekarang. 

Parti-parti politik Sabah boleh menempatkan ejen masing-masing di pusat yang dikenal pasti bagi memastikan integriti undi, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga mencadangkan agar pusat tersebut dibuka selama dua hari bermula hari pengundian awal. 

UPKO seterusnya mencadangkan pusat pengundian pencil di Semenanjung Malaysia ditempatkan di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang, sementara di Sarawak pula pusat itu ditempatkan di Kuching dan Miri, manakala di Singapura di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, katanya, menambah kira-kira 18 peratus atau lebih 200,000 pengundi Sabah kini berada di luar negeri.

Pusat sedemikian juga boleh diperkenalkan di Sabah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Kudat, Keningau dan Tawau sebagai usaha mengekang penularan COVID-19, katanya lagi.

Terdahulu, SPR dilaporkan berkata saranan Global Bersih agar pengundi di luar Sabah dibenar menunaikan tanggungjawab melalui undi tanpa kehadiran tidak boleh dilaksanakan sekarang.

-- BERNAMA

 

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy