PRN Sabah: MCA sokong sepenuhnya Bung Moktar ketuai BN

19/08/2020 09:26 PM

KOTA KINABALU, 19 Ogos -- MCA Sabah hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk mengetuai gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi MCA Sabah Lu Yen Tung berkata pendirian parti itu adalah seiring dengan semangat BN yang sentiasa diberi penekanan oleh gabungan tersebut.

Pelantikan Bung Moktar yang juga Pengerusi UMNO Sabah dibuat oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri dan MCA menyokong beliau bagi mempertahankan semangat BN, katanya.

“Pada masa sama, BN juga bertanding pada pilihan raya negeri ini, dan ini memberi autonomi kepada BN Sabah untuk membuat pilihan terbaik dan merangka strategi paling berkesan.

“Kita mesti mengatasi lawan politik kita secara satu lawan satu bagi meningkatkan peluang kita untuk mencapai kejayaan pada pilihan raya negeri ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai respons kepada pengumuman Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO semalam, bahawa Bung Moktar akan mengetuai BN pada PRN Sabah.

Selain MCA dan UMNO, BN Sabah turut disertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN Sabah diadakan pada 26 Sept dengan hari pencalonan 12 Sept dan pengundian awal pada 22 Sept.

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy