PRN Sabah: PKR tanding 14 kerusi DUN dalam PRN Sabah

09/09/2020 07:52 PM

KOTA KINABALU, 9 Sept  -- PKR mengesahkan akan bertanding di 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang berlangsung pada akhir bulan ini.

Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri PKR Simsudin Sidek berkata kerusi yang bakal ditandingi parti itu ialah Api-Api, Inanam, Tempasuk, Tamparuli, Matunggong, Klias, Sook, Kemabong, Segama, Limbahau, Sg.Manila, Membakut, Pintasan dan Petagas.

"Kali ini Keadilan melakukan tapisan rapi untuk memastikan calon yang berwibawa (bertanding) termasuk muka-muka baharu anak muda dan wanita," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Keadilan juga berhasrat menampilkan calon daripada kalangan Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam dan Cina.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, PKR bertanding lapan kerusi DUN dan menang dua daripadanya iaitu Api-Api serta Inanam.

-- BERNAMA

 

 


 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy