DAP Sabah guna logo Warisan pada PRN Sabah

10/09/2020 12:45 AM

KOTA KINABALU, 9 Sept  -- Semua calon DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 Sept ini tidak akan menggunakan logo parti sendiri tetapi sebaliknya akan menggunakan lambang Parti Warisan Sabah (Warisan).

Pemangku Pengerusi DAP Negeri, Datuk Frankie Poon berkata ini adalah untuk melambangkan persahabatan dan perpaduan dalam kalangan parti gabungan Warisan Plus.

“Walaupun kami agak sedih untuk tidak menggunakan lambang parti iaitu roket dan sebaliknya menggunakan lambang Warisan tetapi ini adalah tindakan yang betul,”  katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Poon berkata DAP secara kolektif memutuskan untuk menerima cadangan Presiden Warisan Datuk seri Mohd Shafie Apdal untuk menggunakan logo yang sama.

Warisan Plus terdiri daripada Parti Warisan Sabah, PKR, DAP, Amanah dan  Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

PRN Sabah akan menyaksikan sejumlah 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 13 kerusi baharu dipertandingkan dengan hari penamaan calon, Sabtu ini.

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy