6,349 agropreneur muda terima geran berjumlah RM111.02 juta

11/09/2020 12:22 PM

KOTA KINABALU, 11 Sept -- Seramai 6,349 agropreneur muda di seluruh negara telah menerima kelulusan Geran Agropreneur Muda (GAM) dari 1 Jan 2016 hingga 31 Ogos tahun ini yang berjumlah RM111.02 juta.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu melibatkan sektor tanaman seramai 2,561 orang dengan peruntukan sebanyak RM43.80 juta.

Bagi sektor perikanan pula 511 orang dengan pembiayaan sebanyak RM10.58 juta, sektor ternakan 1,232 orang (RM25.83 juta) dan sektor industri makanan 2,045 orang (RM30.81 juta).

Bagi Program Agropreneur Muda (PAM) pula seramai 6,401 di seluruh negara telah menerima kelulusan untuk mengikuti PAM berjumlah RM114.32 dalam tempoh yang sama.

Antara sektor terlibat ialah tanaman seramai 2,588 orang dengan jumlah pembiayaan RM45.19 juta; perikanan 515 orang (RM10.96 juta); ternakan 1,246 orang (RM26.82 juta) dan industri makanan 2,052 orang (RM31.35 juta).

Di Sabah bagi tempoh sama, seramai 534 orang agropreneur muda telah menerima kelulusan GAM berjumlah RM7.79 juta.

Daripada jumlah itu seramai 29 orang agropreneur muda menerima kelulusan GAM Fasa II bagi tahun ini berjumlah RM0.56 juta.

-- BERNAMA

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy