Sediakan payung sebelum ke pusat penamaan calon esok

11/09/2020 04:56 PM

KOTA KINABALU, 11 Sept -- Sediakan payung sebelum ke pusat penamaan calon di kawasan Tawau, Sandakan dan Lahad Datu, pagi esok.

Ini kerana Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah meramalkan hujan dan ribut petir di kawasan terbabit semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah esok.

Proses penamaan calon di 73 pusat di seluruh negeri Sabah akan berlangsung dari jam 9 hingga 10 pagi.

Bagi calon dan pemimpin parti yang bercadang untuk memulakan kempen sebaik sahaja selesai proses penamaan calon, jurucakap pusat penamaan memberi pesanan bahawa  hujan dan ribut petir diramalkan di kawasan pantai barat terutama di ibu negeri dan kawasan pedalaman khususnya di Keningau.

Dalam pada itu, suhu pula diramalkan antara 22 darjah Celsius hingga 34 darjah Celsius di seluruh negeri esok.

Rata-rata rakyat Sabah tahu suhu pilihan raya akan mula meningkat mulai esok hingga hari pengundian pada 26 Sept ini.

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy