KUALA LUMPUR, 12 Sept -- Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan semula keputusannya untuk melarang media bukan rasmi daripada memasuki pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.
Pengarah Eksekutifnya, Wathshlah G. Naidu juga meminta SPR membenarkan semua pengamal media dan wartawan supaya memasuki pusat penjumlahan rasmi undi apabila rakyat Sabah mengundi pada 26 Sept ini.
Ia adalah kerana orang awam mempunyai hak untuk mengetahui apa yang berlaku dan boleh membentuk pendapat sendiri berdasarkan pelbagai sumber maklumat dan sebarang penapisan dan kawalan platform media oleh kerajaan boleh menimbulkan ruang tanpa maklumat,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
SRR dalam kenyataan sebelum ini menyatakan bahawa hanya media rasmi kerajaan iaitu RTM, Bernama, Jabatan Penerangan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon bagi PRN Sabah.
Ini selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 di pusat berkenaan demi keselamatan semua pihak termasuk rakan media, menurut SPR.
-- BERNAMA
ABOUT US
Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Categories
• General
• Business
• Sports
• Politics
• World
• Features
• Thoughts
• Infographics
• Videos
• Images
• Exclusive Press
Copyrights