NACSA belum terima permintaan penggunaan MySejahtera di PRN Sabah

12/09/2020 07:16 PM

GEORGE TOWN, 12 Sept -- Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) masih belum menerima sebarang permintaan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyediakan aplikasi MySejahtera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada 26 Sept ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Shah Nuri Md Zain berkata pada Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini, aplikasi MySejahtera digunakan sebagai bantuan teknikal sistem pendaftaran pengundi sebagai pengganti kepada kaedah konvensional sebelum ini.

"Kita akan letakkan kod MySejahtera secara berjarak untuk pengundi membuat imbasan... supaya melicinkan perjalanan pendaftaran, itu sahaja. Kalau tidak, sebelum ini pendaftaran pengundi dijalankan secara bertulis.

“Kita akan hadir bantu di PRN Sabah berdasarkan permintaan daripada SPR. Sekurang-kurangnya pengundi tidak perlu bersesak-sesak ketika membuat pendaftaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Pameran dan Persidangan Dunia: Hospitaliti, Gaya Hidup dan Hiburan (WHOLE) Pulau Pinang 2020 di sini hari ini yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Mohd Shah Nuri berkata dengan penggunaan aplikasi tersebut, kontak antara manusia dapat dikurangkan. Sehingga kini, MySejahtera telah mengesan 322 individu yang disahkan positif COVID-19, tidak termasuk kontak rapat.

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy