Pindaan pada senarai parti dan calon - SPR

13/09/2020 06:03 PM

KOTA KINABALU, 13 Sept  -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan terdapat pindaan pada kenyataan media berkaitan senarai parti dan jumlah calon yang layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 Sept ini.

Dalam kenyataan media, di sini, hari ini, SPR menyatakan jumlah sebenar calon bagi Parti Warisan Sabah (Warisan) yang layak bertanding ialah 54 orang dan bukan 53 seperti dalam kenyataan media yang diedarkan, semalam.

Hal ini kerana calon Parti Amanah Negara (AMANAH) akan bertanding di bawah tiket Parti Warisan Sabah (Warisan).

"Manakala tiada calon yang mewakili Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN) tetapi sebaliknya adalah calon untuk Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)," menurut kenyataan itu.

SPR, bagaimanapun, memaklumkan pindaan itu tidak mengubah jumlah keseluruhan calon yang bertanding iaitu seramai 447 calon.

Pihak urusetia SPR memohon maaf atas kekhilafan yang tidak disengajakan semasa proses memasukkan data dan telah berlaku sedikit kesilapan maklumat.

"SPR ingin memaklumkan kekhilafan ini tidak menjejaskan persiapan pilihan raya di peringkat pegawai pengurus mahu pun cetakan kertas undi bagi DUN berkenaan," kata SPR.

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy