Hujan, ribut petir diramal di Sabah bermula esok

17/09/2020 04:33 PM

KOTA KINABALU, 17 Sept -- Cuaca di Sabah sepanjang tiga hari bermula esok secara keseluruhannya diramalkan hujan dan ribut petir.

Menurut jurucakap Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah, hujan akan berlaku pada sebelah pagi di kawasan Pantai Timur Sabah iaitu di kawasan Tawau dan Sandakan.

"Manakala pada sebelah petang, hujan dijangka berlaku di kawasan Kudat, Pantai Barat termasuk Kota Kinabalu dan pedalaman Sabah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kawasan pedalaman itu termasuk Tenom, Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang.

-- BERNAMA

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy