RM1.25 juta untuk baiki, naik taraf Mahkamah Sandakan - Shabudin Yahaya

17/09/2020 04:56 PM

SANDAKAN, 17 Sept -- Kerajaan memperuntukkan RM1.25 juta bagi pembaikan dan naik taraf bangunan Mahkamah Sandakan di sini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Shabudin Yahaya berkata penambahbaikan itu meliputi kerja penyelenggaraan am bangunan, penyelenggaraan sistem pencegahan kebakaran dan penggantian paip air dalaman.

“Kerja membaik pulih dan naik taraf ini akan memakan masa sekurang-kurangnya setahun bermula suku pertama 2021.

“Mahkamah ini mengalami masalah resapan air pada siling dan dinding bangunan apabila hujan lebat dan cat bangunan juga telah pudar,” katanya kepada pemberita selepas melawat mahkamah itu hari ini.

Shabudin berkata usaha pembaikan dan menaik taraf mahkamah itu seiring dengan matlamat untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan memberi keselesaan kepada kakitangan serta semua pihak yang berurusan dengan mahkamah.

Kompleks mahkamah Sandakan telah beroperasi selama 17 tahun sejak 2003, merangkumi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majisret, tambahnya.

Beliau berkata kerajaan turut memperuntukkan RM5.49 juta bagi tujuan yang sama di daerah lain di Sabah seperti Kudat, Lahad Datu, Keningau, Kinabatangan, Semporna, Beaufort, Tawau dan Kota Kinabalu yang juga akan bermula tahun depan.

Shabudin juga berkata pihaknya bercadang menambah bilangan perkhidmatan mahkamah bergerak di Sabah kepada lima unit daripada tiga pada masa ini bagi memudahkan masyarakat di pedalaman, khususnya berkaitan pendaftaran lewat kelahiran.

Ketika ini, perkhidmatan mahkamah bergerak yang beroperasi sejak 2007 disediakan di Kota Kinabalu (2 unit) dan satu di Sandakan. 

-- BERNAMA

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy