Annuar Musa percaya rakyat Sabah mahu perubahan

17/09/2020 06:11 PM

LABUAN, 17 Sept -- Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa yakin bahawa rakyat Sabah akan memilih untuk menukar kerajaan negeri demi masa depan ekonomi yang lebih baik.

Beliau berkata kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat melihat ekonomi negeri Sabah dalam keadaan membimbangkan manakala keadaannya sedang bertambah baik di peringkat pusat melalui rancangan pemulihan COVID-19.

“Kami ingin bersama rakyat Sabah untuk memperbaiki keadaan (memulihkan ekonomi),”  katanya kepada pemberita selepas menerima borang keahlian UMNO daripada bekas ahli Parti Amanah Negara (Amanah) Labuan, di sini, hari ini.

 Annuar berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 membawa cabaran besar kepada BN kerana landskap politik di negeri ini berbeza dengan Semenanjung.

“Memandangkan kuasa autonomi telah diberikan kepada UMNO Sabah dan BN, maka kerjasama adalah sangat penting,”  katanya.

Berhubung BN akan bertembung dengan sekutunya, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di 17 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Annuar berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memastikan situasi itu tidak memberi kelebihan kepada pihak lawan.

GRS terdiri daripada PN, BN dan PBS.

Beliau menegaskan bahawa adalah penting untuk rakyat Sabah memilih sebuah kerajaan yang sehaluan dengan kerajaan persekutuan bagi memastikan rancangan pembangunan dapat dilaksanakan secara teratur dan sistematik.

Pada PRN Sabah, 26 Sept ini, BN bertanding di 31 kerusi, PN (29) dan 22 oleh PBS.

-- BERNAMA

 

 


 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy