Dakwaan pemandu e-hailing tidak berlesen akan disiasat

19/09/2020 12:56 PM

SANDAKAN, 19 Sept -- Pihak berkuasa akan menyiasat dakwaan kononnya ramai pemandu menawarkan perkhidmatan e-hailing tanpa memiliki lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata jika benar dakwaan tersebut maka  jabatan dan agensi berkaitan akan diminta mengambil tindakan kerana langkah itu bukan sahaja menjaga kebajikan pemandu berlesen tetapi juga bagi memastikan keselamatan penumpang.

“Antara masalah yang dibangkitkan oleh pemandu e-hailing di Sandakan ialah saingan daripada perkhidmatan e-hailing yang kononnya mendaftar pemandu melalui aplikasi telefon dengan mudah sekali dan menggunakan identiti yang tidak sahih.

“Kalau dakwaan itu sahih, saya akan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah untuk membuat pemeriksaan,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan masyarakat pemandu e-hailing, di sini, malam tadi.

Beliau menekankan pemandu e-hailing perlu melalui ujian vokasional bagi mendapat lesen PSV sebagai prasyarat untuk menawarkan perkhidmatan tersebut.

-- BERNAMA

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy