PRN Sabah jadi norma baharu landskap politik negara - Dominic Lau

19/09/2020 05:12 PM

KUALA LUMPUR, 19 Sept -- Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebagai landskap politik norma baharu susulan tercipta sejarah tersendiri dengan melibatkan pertandingan pelbagai penjuru bagi kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Presidennya Datuk Dr Dominic Lau berkata seramai 447 calon termasuk 56 calon Bebas bertanding dengan nisbah satu kerusi 6.6 peratus calon.

“Itu suatu norma baharu dalam landskap politik Malaysia dan ini sebagai persediaan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan, di sini, hari ini.

Pada PRU14, seramai 252 calon bersaing untuk 60 kerusi DUN Sabah dengan jumlah persaingan hanya melibatkan tiga hingga enam penjuru sahaja.

Bagaimanapun, PRN Sabah kali ini menyaksikan 391 calon daripada 16 parti dan 56 calon Bebas bertanding merebut 73 kerusi DUN termasuk 13 kerusi baharu yang diwartakan tahun lalu.

Ditanya mengenai perkembangan hasrat Gerakan menyertai gabungan dalam Perikatan Nasional (PN), Lau menjawab ringkas: “Tunggu untuk pengumuman.” 

Media sebelum ini melaporkan bahawa Gerakan telah menyatakan hasrat tersebut kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah dipersetujui semua ahli jawatankuasa pusat parti itu, Mei lalu.

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy