KOTA KINABALU, 22 Sept -- Sebanyak 76 peratus daripada 16,877 pengundi awal terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan itu selepas 55 pusat mengundi awal, yang dibuka serentak bermula jam 8 pagi tadi, ditutup pada 5 petang.
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika meninjau proses pengundian awal PRN Sabah di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini memaklumkan seramai 270 pegawai dan anggota polis di negeri ini tidak dapat mengundi awal kerana mereka terpaksa melalui proses kuarantin pandemik COVID-19.
Turut hadir meninjau perjalanan pengundian awal ialah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh.
Semua pusat pengundian mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menyediakan cecair pembasmi kuman dan pemeriksaan suhu badan.
Rakyat Sabah akan mengundi Sabtu ini untuk memilih kerajaan negeri yang baharu.
-- BERNAMA
ABOUT US
Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Categories
• General
• Business
• Sports
• Politics
• World
• Features
• Thoughts
• Infographics
• Videos
• Images
• Exclusive Press
Copyrights