PRN Sabah: Lelaki cedera tiada kaitan dengan pasang bendera parti - Polis

23/09/2020 12:47 PM

SANDAKAN, 23 Sept  -- Kes lelaki warga tua yang cedera parah disyaki dipukul di Pulau Nunuyan Laut, dekat sini dan tular di media sosial tiada kaitan dengan pemasangan bendera parti pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin.

Sebaliknya, katanya, kejadian membabitkan mangsa berumur 62 tahun itu disyaki berpunca daripada insiden ejekan terhadap seorang lelaki berumur 26 tahun yang merupakan suspek dalam kejadian berkenaan.

 "Siasatan lanjut mendapati suspek tidak berpuas hati dengan mangsa kerana merasakan mangsa sering mengejeknya setiap kali berjumpa. Ini tiada kaitan dengan dakwaan akibat memasang bendera parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Azhar berkata kejadian itu berlaku Jumaat lalu apabila mangsa dipercayai dipukul dengan objek keras di bahagian kepala.

Mangsa kini dirawat di Hospital Duchess of Kent di sini dan suspek pula direman sehingga 26 Sept ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Semalam, sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki cedera di mata tular di media sosial didakwa mangsa cedera dipukul ketika memasang bendera parti di pulau itu.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy