14,467 program IOW di seluruh negara sejak awal tahun ini

24/09/2020 02:04 PM

KOTA KINABALU, 24 Sept -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata sebanyak 14,467 program ‘Info On Wheel’ (IOW) telah dilaksanakan di seluruh negara meliputi 58,358 lokasi sejak ia dimulakan pada 23 Januari lalu sehingga semalam.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 1,578 program IOW telah dilaksanakan di 5,380 lokasi di seluruh negeri Sabah.

“Hebahan dan penerangan yang dilaksanakan semasa program itu meliputi hebahan semua kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pencegahan diri dan cara menangani COVID-19, inisiatif kerajaan, dan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (e-Census),

“Selain itu terdapat hebahan mengenai bayaran semula moratorium, kempen nasional seperti Rukun Negara, Kempen Kibar Jalur Gemilang, Kempen Anti Pemerdagangan Orang, Kempen Antidadah dan  Kempen Jom Mengundi.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri program IOW Jom Mengundi di Taman Jumbo, Petagas, Putatan, dekat sini, hari ini.

Saifuddin berkata IOW merupakan satu daripada program Jabatan Penerangan (JaPen) dalam menghebahkan isu semasa dan memasarkan dasar serta inisiatif kerajaan melalui Unit Bergerak JaPen.

Mengulas mengenai IOW Jom Mengundi, beliau berkata ia dilaksanakan sejak 8 Sept lalu sehingga esok sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah  sebagai satu usaha untuk menggalakkan rakyat melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Sabtu ini.

“Hebahan itu dilakukan melalui pembesar suara Unit Bergerak JaPen dan turut disertai dengan aktiviti edaran risalah Jom Mengundi dan Garis Panduan Pencegahan COVID-19 bagi PRN Sabah semasa hari pengundian,” katanya.

-- BERNAMA

 

     


 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy