PRN Sabah: ATM nafi warganya dijangkiti COVID-19 semasa undi awal

24/09/2020 02:44 PM

KUALA LUMPUR, 24 Sept -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan terdapat jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga tentera setelah mencelup jari dalam dakwat sewaktu proses mengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kelmarin.

Markas ATM, dalam kenyataan hari ini, menyebut maklumat yang tular di media sosial adalah tidak benar dan boleh menimbulkan kekeliruan, kebimbangan masyarakat serta mengganggu proses PRN Sabah, Sabtu ini.

“Mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurut kenyataan itu.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

“Sila dapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan situasi semasa penularan wabak berkenan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy