ST baik pulih sistem pendawaian elektrik di Kampung Sungai Manila, Sabah

24/09/2020 05:06 PM

PUTRAJAYA, 24 Sept -- Sebanyak 21 rumah di Kampung Sungai Manila, Sandakan, Sabah mendapat manfaat kerja baik pulih sistem pendawaian elektrik yang dilaksanakan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kerja baik pulih itu membolehkan komuniti setempat mempunyai sistem pendawaian elektrik yang selamat serta penggunaan elektrik cekap tenaga.

Penambahbaikan sistem pendawaian itu melibatkan penambahan punca kuasa (soket), penggantian kelengkapan elektrik kipas dan lampu yang rosak kepada jenis yang lebih cekap tenaga serta penukaran kotak papan agihan yang usang, menurut kenyataan itu.

ST memberitahu, rumah yang tidak dilengkapi dengan sistem perlindungan yang sesuai dipasang dengan peranti arus baki (PAB) baharu yang selaras dengan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-peraturan Elektrik 1994.

-- BERNAMA

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy