KPLB peruntuk RM120.5 juta untuk projek BELB di Sabah

24/09/2020 05:21 PM

PUTRAJAYA, 24 Sept -- Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM120.5 juta bagi pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sambungan Talian Grid di tiga zon di Sabah, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

“Inisiatif ini menjadikan kawasan-kawasan kampung yang mungkin dahulunya gelap, kini bercahaya seakan-akan seperti di kawasan bandar," katanya dalam kenyataan sempena pelancaran projek tersebut di Kudat, Sabah hari ini. 

 Abd Latiff  berkata dengan kemudahan bekalan elektrik tersebut, penduduk kampung dapat menjalankan aktiviti seharian tanpa perlu menggunakan penjana elektrik serta pembangunan sosioekonomi juga akan terus berkembang.

-- BERNAMA

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy