PRN Sabah: Pengundi dan petugas parti diingat amal SOP

25/09/2020 07:34 PM

SANDAKAN, 25 Sept -- Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah untuk mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19 pada hari pengundian esok.

Beliau turut menasihatkan pengundi untuk keluar mengundi pada masa yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi setiap pengundi.

"Jangan lupa bawa pelitup muka masing-masing, jaga penjarakan fizikal dan guna pensanitasi tangan serta memeriksa suhu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia Zon Sandakan, di sini, hari ini.

Beliau turut menasihatkan petugas parti yang bertanding supaya tidak mengabaikan SOP yang ditetapkan.

Beliau juga menggalakkan sesiapa yang pulang dari sesuatu tempat, termasuk dari Sabah, untuk membuat ujian saringan COVID-19 sebagai langkah keselamatan.

Hari ini Sabah mencatatkan jumlah kes baharu COVID-19 tertinggi dengan 74 kes, menjadikan jumlah kes keseluruhan direkodkan di negeri itu sebanyak 1,397 kes.

Pada majlis itu, seramai 85 veteran ATM menerima pingat itu atas khidmat mereka menentang Parti Komunis Malaya (PKM) antara 1 Jan 1969 hingga 2 Dis 1989 atau menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) antara 1 Jan 1969 hingga 17 Okt 1990.

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy