Bung Moktar hargai petugas hari mengundi PRN Sabah

26/09/2020 01:11 PM

KINABATANGAN, 26 Sept  -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menghargai semua petugas dalam memastikan proses mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini berjalan lancar.

Beliau berkata mereka termasuklah petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), anggota pasukan keselamatan dan kesihatan yang bertungkus lumus memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi oleh semua pihak dalam mengekang penularan COVID-19 semasa proses mengundi dijalankan.

"Kita kena mematuhi SOP kerana kita sudah sedia maklum (proses mengundi) dalam suasana kita berhadapan dengan COVID-19.

"Saya yakin dan percaya semua pengundi yang layak mengundi boleh menunaikan hak mereka pada hari ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada pukul 11.15 pagi di sini.

Bung Moktar, yang juga calon bagi kerusi DUN Lamag, berpuas hati dengan perjalanan proses mengundi di pusat mengundi, walaupun prosesnya agak perlahan.

Bung Moktar menghadapi pertandingan lima penjuru bagi merebut kerusi baharu DUN Lamag itu, menentang Junny @ Karuak Abdullah (Bebas), Mohd Ismail Ayob (Warisan), Sairin Abd Rahma (PPRS) dan Razman Mayah (PCS).

-- BERNAMA

 

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy