PRN Sabah: 41 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari - SPR

26/09/2020 01:23 PM

KOTA KINABALU, 26 Sept -- Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sehingga 12 tengah hari ialah sebanyak 41 peratus sejak pusat pengundian dibuka pada 7.30 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah itu meningkat berbanding 32 peratus pada 11 pagi seperti diumumkan Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebentar tadi.

SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada 5 petang ini.

Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada PRN ke-16.

 Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat.

-- BERNAMA

 

 

 

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy