PRN Sabah: 54 peratus keluar mengundi setakat 2 petang - SPR

26/09/2020 03:19 PM

KOTA KINABALU, 26 Sept  -- Tiga jam sebelum proses pengundian berakhir, sebanyak 54 peratus pemilih berdaftar di Sabah telah keluar mengundi setakat 2 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah itu meningkat berbanding 48 peratus pada 1 tengah hari.

SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada 5 petang ini.

Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada PRN ke-16.

Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat.

-- BERNAMA

 

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy