PRN Sabah: 58 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR

26/09/2020 04:20 PM

KOTA KINABALU, 26 Sept  -- Sebanyak 58 peratus pemilih berdaftar di Sabah telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setakat 3 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah itu meningkat empat peratus berbanding pada 2 petang.

SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pemilih keluar mengundi sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada 5 petang ini.

Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada PRN ke-16 ini.

Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat.

-- BERNAMA

 

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy