PRN Sabah lancar, tiada insiden tidak diingini dilapor - Acryl Sani

26/09/2020 10:32 PM

KUALA LUMPUR, 26 Sept -- Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan di 741 pusat mengundi, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, pelbagai agensi keselamatan melakukan kawalan ketat di sempadan negara, bagi memastikan tidak berlaku kemasukan besar-besaran rakyat negara jiran bagi mengganggu proses pengundian PRN, walaupun terdapat cubaan untuk masuk ke negara ini.

“Situasi PRN Sabah selepas tamat proses pengundian pada 5 petang tadi terkawal, tanpa sebarang masalah dan isu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang berkata, ATM dengan kerjasama agensi lain seperti PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, mengawal sempadan negara bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

“ATM dan agensi lain sentiasa mengukuhkan kawalan sempadan darat dan perairan negara melalui Op Benteng,” katanya.

Ahad lepas, Bernama melaporkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kemasukan besar-besaran rakyat dari negara jiran, untuk membuat kekacauan pada hari pengundian PRN Sabah.

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy