Bung Moktar menang di DUN Lamag dengan majoriti 661 undi

27/09/2020 12:06 AM

KOTA KINABALU, 26 Sept -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menewaskan Timbalan Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd Ismail Ayub dalam persaingan lima penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dengan majoriti 661 undi.

Bung Moktar, 61, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, memperoleh 3,035 undi mengalahkan Mohd Ismail Ayob (2,374 undi) seterusnya diangkat menjadi wakil rakyat bagi kerusi DUN baharu itu.

Tiga lagi calon iaitu Razman Mayah (PCS), Sairin Abd Rahman (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) dan Junny @ Karuak Abdullah (Bebas) masing-masing hilang wang deposit setelah gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy