PRN Sabah: GRS peroleh majoriti mudah

27/09/2020 12:25 AM

KOTA KINABALU, 26 Sept -- Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Majoriti mudah 37 kerusi itu diperoleh hasil kemenangan parti gabungan tersebut membabitkan Perikatan Nasional di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Barisan Nasional (14 kerusi) dan Parti Bersatu Sabah (enam kerusi).

Warisan menang di 24 kerusi, PKR (satu kerusi), Bebas (dua kerusi) manakala UPKO (satu kerusi).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh dalam sidang akhbarnya di sini memaklumkan setakat 11.30 malam, keputusan 65 daripada 73 kerusi telah diketahui.

Ini menjadikan hanya lapan lagi keputusan kerusi DUN yang belum diumumkan.  

“Keputusan akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy