Jeffrey Kitingan pertahan kerusi DUN Tambunan

27/09/2020 12:33 AM

KOTA KINABALU, 26 Sep -- Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dengan majoriti 6,792 undi.

Ahli Parlimen berumur 72 tahun itu menewaskan pencabarnya daripada Parti Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Laurentius Nayan Ambu yang hanya mendapat 1,899 undi.

Jeffrey, yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, memperoleh 8,691 undi dalam persaingan enam penjuru.

Empat calon lain iaitu Silverius Bruno (PBS), Damian Marcus Podtung (Parti Cinta Sabah), Nordin Jaini @ Zaini (Parti Gagasan Rakyat Sabah) dan penyanyi tempatan Jimmy Palikat (Bebas) masing-masing hilang wang deposit apabila gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada keseluruhan undi yang dikira.

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy