PRN Sabah: Pengerusi PKR Sabah Christina Liew menang di DUN Api-api

27/09/2020 12:39 AM

KOTA KINABALU, 26 Sept -- Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew sekali lagi diberi mandat menjadi wakil rakyat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api apabila memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Christina mewakili Parti Keadilan Rakyat, mendapat 7,796 undi, menewaskan lapan pencabar lain dengan majoriti 5,347 berbanding pencabar terdekat, Datuk Dr Yee Moh Chai daripada Parti Bersatu Sabah yang meraih 2,449 undi.

Menurut laporan, selain Api-Api, PKR juga meletakkan calon di enam lagi kerusi DUN pada PRN Sabah kali ini iaitu Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Inanam, Klias dan Sook.

Sehingga berita ini ditulis, kerusi Api-Api merupakan satu-satunya kerusi dimenangi PKR.

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy