Muhyiddin jamin tunai janji, Sabah dapat sokongan padu pusat

27/09/2020 01:18 AM

KUALA LUMPUR, 26 Sept -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan akan menunaikan segala janji dalam kempennya sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, dan kerajaan negeri yang terbentuk mendapat sokongan padu kerajaan Persekutuan pimpinannya.

"Segala yang dikempen akan ditunaikan seberapa segera,” kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu serta mengucapkan terima kepada pengundi di Sabah yang memberi kepercayaan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

GRS memperolehi majoriti mudah dengan 38 kerusi pada PRN Sabah ke-16 melalui gabungan Perikatan Nasional sebanyak 17 kerusi, Barisan Nasional (14) dan Parti Bersatu Sabah (tujuh).

 “Sokongan yang anda (rakyat Sabah) berikan, kita akan pastikan dukungan pimpinan baharu kerajaan negeri bersama Sabah," katanya ketika bercakap mengenai kemenangan GRS di kediamannya di Bukit Damansara, di sini tengah malam ini.

Muhyiddin juga berjanji yang negeri di bawah bayu itu akan menjadi sebuah negeri cemerlang dan mencapai kemajuan lebih besar pada masa hadapan.

"Kerajaan negeri yang dibentuk nanti akan mendapat sokongan padu daripada kerajaan Persekutuan," katanya.

Menzahirkan ucapan tahniah kepada semua calon yang terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, Muhyiddin turut mengingatkan wakil rakyat yang terpilih supaya menjalankan tugas secara berintegriti, beramanah dan dedikasi serta berpegang pada segala Aku Janji dalam PRN itu.

"Diharapkan mereka akan mengambil ini sebagai satu tanggungjawab dan amanah dipikul sebaiknya," katanya.  

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas dan sukarelawan yang bertungkus lumus sepanjang waktu kempen sehingga memberi kemenangan kepada GRS. 

-- BERNAMA 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy