Joniston patah cabaran Presiden UPKO untuk kekal kerusi DUN Kiulu

27/09/2020 02:46 AM

KOTA KINABALU, 26 Sept -- Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joniston Bangkuai, berjaya mengetepikan cabaran daripada seorang ketua pemimpin parti dan bekas rakan sekutu untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 hari ini, beliau menewaskan Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan bekas timbalan ketua menteri, dalam saingan enam penjuru bagi kerusi tersebut.

Joniston memperoleh 4,007 undi untuk mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 1,221 undi manakala Madius mendapat 2,786 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PBS dan UPKO merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) tetapi Madius menyisihkan BN untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) selepas pilihan raya 2018 itu.

Dalam pemilihan hari ini, calon Parti Cinta Sabah (PCS) Andau Yasun memperoleh 363 undi; Rozylyn Gelunu daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) mendapat 274 undi dan calon Bebas, Dominic Yasun dan Jolianis Lampog masing-masing mendapat 266 dan 20 undi.

Kesemua empat calon itu hilang wang deposit.

Sejumlah 7,818 pemilih berdaftar di kawasan DUN itu iaitu peratusan keluar mengundi sebanyak 71.8 peratus. Sebanyak 78 kertas undi ditolak manakala 24 kertas undi tidak dikembalikan.

Joniston, 58, telah muncul sebagai pemimpin semakin meningkat dalam setiap pilihan raya DUN negeri.

Pada penampilan sulung 2013, beliau memperoleh hanya majoriti 44 undi dengan memperoleh 3,745 undi bagi menewaskan calon PKR, Rhodes Panilau (3,701); calon STAR, Terence  Sinti (1,025); calon Bebas, John Hussein (517) dan calon SAPP, Tindil Sindin dengan 129 undi.

Pada PRU14, Joniston menang dengan majoriti 1,443 undi setelah memperoleh 4,336 undi dengan mengetepikan calon Warisan, Anna Sue Henley Rampas (2,893); calon STAR, Terence Sinti (2,457) dan wakil PCS, Gaibin Ransoi memperoleh 543 undi.

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy