PRN Sabah: Dua muka baharu antara tujuh calon wanita yang menang

27/09/2020 08:39 AM

KUALA LUMPUR, 27 Sept -- Dua muka baharu antara tujuh calon wanita yang berjaya mendapat mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Pertarungan sengit antara dua wanita daripada era berbeza antara yang menarik perhatian dalam perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan apabila menyaksikan calon muka baharu daripada Warisan Rina Jainal mengetepikan calon veteran Barisan Nasional (BN) Chaya Sulaiman dengan majoriti tipis 10 undi.

Rina, 39, yang merupakan Ketua Wanita Warisan Bahagian Kalabakan menang dalam pertandingan tujuh penjuru di kerusi berkenaan dengan memperoleh 2,834 undi manakala Chaya mendapat 2,824 undi. 

Selain Rina, calon Perikatan Nasional-STAR, Flovia Ng, 51, juga mencatat kemenangan pertamanya di DUN baharu Tulid dengan meraih 2,267 undi dalam pertandingan tujuh penjuru. 

Lima lagi calon wanita yang turut mencatat kemenangan dalam PRN kali ini ialah Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew yang mempertahankan kerusi Api-Api, Julita Mojungki (PBS) pula mengekalkan kerusi Matunggong manakala tiga calon Warisan berjaya mempertahankan kerusi masing-masing iaitu Norazlinah Arif (Kunak), Manis Muka Mohd Darah (Bugaya) dan Jannie Lasimbang (Kapayan).

Seramai 43 calon wanita bertanding pada PRN Sabah kali ini yang menyaksikan 29 daripada mereka hilang wang deposit setelah gagal meraih 12.5 peratus daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.   

-- BERNAMA

 

 

 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy