PBS nafi sekongkol dengan Warisan Plus bentuk kerajaan baharu Sabah

27/09/2020 12:59 PM

KOTA KINABALU, 27 Sept -- Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan tegas menafikan bahawa parti itu akan bergabung bersama Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan baharu Sabah.

Ketua Penerangannya Datuk Joniston Bangkuai menegaskan dakwaan tersebut tersebar luas di media sosial susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam.

“PBS, sebagai rakan setara dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal teguh dengan sekutunya - Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Joniston juga memberitahu Bernama bahawa PBS turut menafikan parti itu telah mula membuat tuntutan dalam kabinet kerajaan baharu yang akan dibentuk kerana setakat hari ini perkara itu tidak pernah dibincangkan.

Joniston mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu selepas mengalahkan presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan empat lagi calon dalam pertandingan enam penjuru.

PBS mengadakan mesyuarat ‘post-mortem’ keputusan pilihan raya di kediaman presiden parti pagi tadi.

PBS menyumbang tujuh daripada 38 kerusi dimenangi oleh GRS yang memberikan gabungan itu majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Warisan Plus terdiri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), DAP, PKR, UPKO dan Amanah, gagal mempertahankan tampuk pemerintahan kerajaan negeri selepas menang 32 daripada 73 kerusi DUN yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri ke-16 kali ini.

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy