Abang Johari harap keputusan PRN sumbang kepada kestabilan politik Sabah

27/09/2020 02:12 PM

KUCHING, Sept 27 -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berharap keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berakhir semalam akan menyumbang kepada kestabilan politik negeri utara Borneo itu.

“Saya ucapkan tahniah kepada orang Sabah,” katanya hari ini.

Abang Johari yang ditemui selepas menghadiri dialog bersama usahawan muda anjuran portal berita Sarawak, Dayak Daily di sini, juga berharap negeri tetangga itu akan terus maju di bawah pentadbiran baharu. 

Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing dalam kenyataannya berkata keputusan PRN Sabah memberi petunjuk kepada rakyat Sarawak untuk bersama-sama dalam mengukuhkan lagi Malaysia sebagai sebuah negara. 

Beliau juga berharap wakil rakyat di bawah Gabungan Rakyat Sabah akan menunaikan tanggungjawab mereka seperti yang dijanjikan. 

Pada pilihan raya itu, GRS menang 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah yang dipertandingkan, sementara Warisan Plus meraih 32 kerusi dan baki tiga lagi dimenangi oleh calon Bebas.

-- BERNAMA 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy