Hajiji beredar dari lokasi mesyuarat GRS

27/09/2020 02:51 PM

KOTA KINABALU, 27 Sept -- Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor dilihat beredar meninggalkan lokasi mesyuarat antara pemimpin kanan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hajiji, yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah keluar kira-kira jam 1.45 tengah hari bersama-sama dengan timbalannya Datuk Masidi Manjun.

Ketika ditanya pemberita mengenai hasil mesyuarat bagi melantik calon Ketua Menteri baharu, Hajiji enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu, namun akan mengeluarkan kenyataan secepat mungkin.

“No komen. Tenang... Tenang...Kamu semua tenang... Sudah habis berbincang,” katanya.

Sejurus selepas itu, kelihatan kehadiran Setiausaha Agung Barisan Nasiopnal (BN), Tan Sri Annuar Musa ke bilik mesyuarat terbabit.

Turut kelihatan berada di hotel berkenaan ialah kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Bersatu Sabah (PBS).  

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi BN negeri turut menghadiri mesyuarat tersebut, selain beberapa pemimpin utama UMNO pusat.

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy