Teka-teki KM Sabah bakal terjawab, Bung Moktar, Hajiji ke Istana Negeri

27/09/2020 03:45 PM

KOTA KINABALU, 27 Sept  -- Teka-teki siapakah ketua menteri Sabah yang bakal menerajui pentadbiran kerajaan negeri baharu bagi penggal berikutanya mungkin akan diketahui beberapa jam lagi.

Ini berikutan kedua-dua pemimpin yang disebut-sebut sebagai calon ketua menteri iaitu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dilihat memasuki perkarangan Istana Negeri untuk menghadap Yang Dipertua Negeri.

Bung Moktar yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dilihat memasuki perkarangan Istana lengkap berpakaian sut dengan bertali leher dan bersongkok pada jam 2.27 petang.

Selang beberapa minit selepas itu, Hajiji yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Sulaman turut dilihat mengenakan pakaian sama memasuki perkarangan Istana Negeri sambil melambai tangan ke arah pengamal media.

Terdahulu, kedua-dua peneraju utama parti di Sabah itu menghadiri mesyuarat antara pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sebuah hotel di sini tengah hari tadi.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin pula ketika ditemui pemberita berkata perbincangan telah berjalan dengan baik. 

“Semua orang senyum, tiada isu,” katanya.

-- BERNAMA

 

 sabah, hajiji noor, bung moktar, pemilihan ketua menteri, kerajaan Sabah baharu


RBN HJ MASH NAM NHD

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy