Angkat sumpah ketua menteri Sabah esok - Jabatan Penerangan Sabah

28/09/2020 11:12 AM

KOTA KINABALU, 28 Sept  -- Angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu dijadual bermula pukul 10.30 pagi esok.

Menurut pemakluman Jabatan Penerangan Sabah hari ini, istiadat angkat sumpah itu akan diadakan di Istana Negeri Sabah di Jalan Istana di sini.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dilaporkan sebagai berkata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin meminta tempoh bagi menentukan siapa Ketua Menteri Sabah baharu.

Sebelum itu, Bung Moktar bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim mengadakan pertemuan lebih sejam dengan Juhar di istana itu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu lepas, pakatan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada PN, BN dan PBS memperoleh 38 kerusi berbanding Warisan Plus mendapat 32 kerusi manakala Bebas (3). 

-- BERNAMA

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy