Hajiji tokoh politik diyakini mampu bawa pembangunan Sabah

28/09/2020 05:00 PM

KOTA KINABALU, 28 Sept -- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman Datuk Hajiji Noor, diyakini mampu mengemudi pentadbiran pembangunan kerajaan negeri Sabah dengan baik, kata bekas ketua menteri sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Hajiji yang juga Ketua Pimpinan Bersatu Sabah merupakan seorang tokoh politik yang berpengalaman luas. Saya yakin beliau mampu membawa Sabah ke era pembangunan yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Terdahulu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat memilih Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang ke-16.

Pengumuman itu dimaklumkan sendiri oleh Hajiji, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, dalam sidang akhbar selepas perjumpaan tertutup bersama pimpinan GRS.

Beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman sejak 1990, berjaya mempertahankan kerusi DUN itu, selepas menang dengan majoriti 3,099 dalam Pilihan Raya DUN Sabah pada Sabtu lepas.

Hajiji dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri esok.

Sementara itu, seorang lagi bekas ketua menteri sabah yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, menyifatkan Hajiji sebagai calon paling sesuai untuk menerajui kerajaan negeri Sabah.

“Datuk Hajiji cukup pengalaman pentadbiran, diterima semua lapisan masyarakat dan ada kualiti kepimpinan sebagai pemimpin politik,” katanya kepada Bernama.

-- BERNAMA

 

 


 

ABOUT US

Malaysia National News Agency
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (General Line)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Categories

General
Business
Sports
Politics
World
Features
Thoughts
Infographics
Videos
Images
Exclusive Press

Copyrights

Disclaimer
Privacy Policy
Security Policy